Friday, July 20, 2012

Ahlan ya Ramadhan 2012

Alhamdulillah..awak-awak sihat?

bila sebut bulan puasa agak-agak apa yang terbayang kat fikiran awak semua? mungkin ramai yang terbayang Iftar makanan best kat bazaar atau buffet, baju2 raya, kuih raya.. atau pun mungkin ini masa yang sesuai nak cari "duit tepi" kan?

mungkin bagi sesiapa yang bekerja tu mesti tengah kira-kira cuti nak balik raya lama sket..hehe ye tak? bagus la, baliklah raya lama sket, boleh tengok kampung, boleh jumpa saudara mara..sahabat lama..kan bagus macam tu..

tapi akhir-akhir ni, datang nye ramadhan membuatkan hati sy jd bimbang. sy takde la tunjuk kat orang lain yang sy risau, just pendam sorang2 je. risau...memang risau...

kenapa? ..bukan ada syaitan time tu....  bukan..bukan macam tu, sy ni memang penakut, perisau dsb. 

tapi bukan takut yang tu, tapi sy risau kalau nanti sy tak jaga fardu ain sy dengan baik. terlalu banyak harapan sy sempena Ramadhan yang kali ini. nak list satu2 mungkin tak tercapai.

apa pun yang paling penting, sy berazam nak menjaga solat. kalau sebelum-sebelum ni sy sibuk dan selalu terbabas waktu, sy nak perbaharui diri sy sendiri agar menunaikan solat di awal waktu. insyaallah..

sy sedar yg sy sepatutnya bersyukur kerana masih lagi diberikan umur yang panjang untuk menyambut Ramadhan kali ini..

dan bagi pendapat sy, cara sy bersyukur adalah dengan memperbaiki cara diri sy beribadah. ini cuma langkah awal yang sy nk memperbaiki diri.. sy takut kalau sy diberikan rezeki dan anugerah yg baik dari Allah tapi sy kufur dan leka dengan semua pemberian Allah sehingga sy abaikan solat sy..risau sy..
 
semoga kita semua diberikan hidayah dan petunjuk untuk melalui Ramadhan kali ini dengan lebih baik berbanding tahun2 sebelum ini...jom sama-sama kita jaga solat kita, kita jaga hati kita :)

Selamat Berpuasa Ramadhan 2012.

Thank you for reading this :)

No comments: