Wednesday, June 20, 2012

Bapa & Aboh

Assalamualaikum.

beberapa hari lepas adalah hari meraikan ketua keluarga kita iaitu bapa..atau ayah atau aboh atau bak.. so sy nk kongsi serba sedikit tentang bapa sy..

sy mempunyai bapa yang soft spoken. apa yang soft spoken tu adalah bapa sy sangat jarang meninggi suara (tp mak sy selalu..hahaha) bila marah pun cuma jeling2 besarkan mata...kalau sy buat hal lagi lepas kena jeling tu biasanya kena cubit kat pinggang sampai tergeliat jugak la sy..hehehe walaupun selalu kena cubit macam tu.. masa sy kecil dulu bapa la yang sy rapat sekali. ke mana beliau pergi sy dibawa. pergi sekolah dihantar..pulang sekolah dijemput. kalau ada tuisyen di sekolah cina bapa akan hantarkan makanan selang waktu rehat tengahari. masa sekolah rendah dulu sy selalu sakit mata..merah bengkak sampai mata tak boleh buka dan bapa la yang teman sy tidur sebab sy merengek sakit..selimutkan sy dengan kain pelekatnya tunggu sampai sy tidur.. dan saat yang paling sy ingat adalah masa bapa betulkan bacaan yassin sy.. terima kasih pa.. menjadikan sy terdidik sehingga hari ini.

aboh yg sy kenal hari ini adalah seorang yang suka bercerita tentang apa sahaja.. bila sy ada masalah biasanya aboh yang sy rujuk. sampai satu tahap rasa segan dengan aboh. bagi aboh masalah hidup ni tiada yg tak ada penyelesaian.  walaupun latar belakang family sy agak kucar kacir.. aboh menerima sy seadanya sebagai anak. terima kasih aboh yang banyak memberi tunjuk ajar kehidupan serta menerima segala kekurangan yg ada pada sy.

untuk bapa dan aboh...semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur untuk terus membahagiakan kami anak-anakmu :)

Thank you for reading this :)

1 comment:

cik FM said...

Selamat hari abah! Buat abah saya di kampung nun..#ehnakjugak!