Monday, November 22, 2010

hubungan jarak jauh kita

salam.

bukan tak percaya pada hubungan jarak jauh..cuma tak meletak harapan yang terlalu tinggi bila mempunyai hubungan cinta jarak jauh. kerana apa yang boleh kita sandarkan hanyalah hati pasangan kita, sekeping hati yg boleh berubah walau sesaat. dan itu memang membuatkan hati kita kecut dan bimbang. mulailah otak ini menyoal, setiakah dia? atau hatinya ragu, jujurkah kita?

sy sendiri takut bila berjauhan nanti kita akan ada orang lain..atau..perasaan kita diuji dengan pilihan hidup...andai kata kita selisih faham dalam geografi yang berbeza kita pergi mencari orang lain untuk meluahkan sedih/marah kita. walaupun orang itu adalah kawan kita berdua, sy takut bila begitu..sebab bg sy itu tak baik untuk kesihatan hati kita berdua...hmm..

maka dlm doa sy minta agar jodoh kita dipermudahkan, pilihan hati ini ditetapkan, dan hubungan kekal diredhai.. kerana walaupun kita jauh secara geografinya, sy harap hati kita masih dekat seperti selalu..

ya, masih seperti selalu, terima dan sayangkan awak :)

1 comment:

HaliaManis said...

jgn risau...tawakal je..kalau mmg jodoh kita insyaALLAH...