Friday, October 22, 2010

dah basi? eh tak kot....

suatu hari dalam penghujung bulan raya, sy lepak kat rumah tengok tv dan seorang kawan sy bercerita tentang iklan raya yg berunsurkan freemason & illuminati. katanya iklan tersebut menonjolkan unsur2 yg tak sepatutnya dijadikan gambaran bagi umat islam merayakan aidilfitri..penat panjang lebar die cerita, sy pula x berkesempatan nak melihat sendiri iklan tersebut lalu menjadikan youtube sebagai rujukan iklan tersebut..

hmm..bila dah tengok iklan tu, sy (sebagai pelajar jurusan multimedia) sedikit confuse the storyboard dan mesej yang ingin disampaikan oleh penerbit iklan tersebut. bukan nk kondem iklan tv3 x bagus ke ape.. tapi ade beberapa babak yg buat sy berfikir inikah gambaran raya di malaysia yg difahami oleh penerbit tersebut? espeseli tang bunga teratai ape kene mengena..xpaham -_-"

skali, punye baik kawan sy tu siap bg sy pinjam broadband nk bg sy bace pasal kupasan setiap babak & watak dlm iklan tu kat blog org lain (banyakk...sila google sendiri)..dah bace punyelah banyak versi, last2...ooooo gitu rupenye...terima kasih daun keladi kawanku...

sambil sy surf kat youtube tu, tetibe terserempak dengan dokumentari The Arrivals... ni dokumentari yg mengupas tentang dajal, Imam Mahadi dan penurunan kedua Nabi Isa a.s.

sy ni jenis khusyuk kalau tengok dokumentari.. tengah2 tengok tu otak sy berfikir betul ke dokumentari ni? sy tak ingat episod brape la tapi dia cakap Nabi Muhammad s.a.w pernah berkawin dengan perempuan yahudi.. aish...tang sejarah2 islam ni sy tak pandai sangat tapi seingat yang belajar dulu tak pernah pula dengar pasal ni. 

lagi yang paling sy syak ade penyalahgunaan hadis dalam The Arrivals ni pada episod ke 39, hadis yang dinyatakan berbunyi begini....
"Phropet Mohammed (pbuh) said : I am leaving among you something of such a nature that if you lay hold of it you will not go ashtray after I am gone...Allah's Book, a rope stretched from heaven to earth, and my close relatives who belong to my household. these two will not separate from one another till they come down to the pond..so consider how you would act regarding them after my departure...(Tirmidhi)"

atau terjemahan oleh penguploadnya: 
"Riwayat Nabi Muhammad s.a.w: Aku meninggalkan kamu dua perkara di mana jikalau kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya..kitab Allah yg merupakan sebuah tali dari syurga ke bumi dan ahli keluarga sy..kedua-dua ini tidak akan berpisah di antara satu sama lain sehinggalah mereka tiba di tasik itu...jadi pertimbangkanlah cara bagaimana kamu akan bertindak dengannya selepas pemergianku...(Riwayat Tirmizhi)...."


sekali lagi sy ingatkan, sy bukan ahli hadis tetapi sy amat mengambil berat penggunaan & tafsir hadis yg mengelirukan, sy tak pernah dengar hadis macam ni, so sy search la kat web jakim pasal ni, ape yg sy dapat adalah hadis diatas adalah TIDAK BENAR a.k.a palsu kerana hadis tersebut bukan diriwayat oleh Tarmizi tetapi oleh Abu hurairah r.a. dan versi sebenar daripada laman JAKIM tersebut menyatakan 2 peninggalan tersebut adalah AL-Quran dan As-sunnah Rasullullah s.a.w...


maka kawan2 semua, berhati2 la kite dengan dakyah2 mereka ni. bukan sy nak cakap yg siri tu 100% tak betul, tapi hal2 akidah ni kene rujuk pada yg pakar..sy pun masih belajar lagi hal akidah ni..banyak lagi nk ulas pasal dokumentari The Arrivals ni tapi kene bertatih sikit2 nak cari satu2 sebelum berkata2 kan..


semoga kita semua diberi petunjuk Allah dalam mencari kebenaran...(mulanya nak buat entry coret2 pendek je, tibe2 jadi panjang pula..hehe) sekian sahaja kali ini.. ade kelapangan kite sambung lagi ye..sape2 ade pendapat berkenaan isu ni amat sy alu2kan...

No comments: