Wednesday, December 16, 2009

penilaian diri yang positif dan negatif

ketika ini saya terpanggil untuk menulis tentang sikap, pelbagai jenis sikap manusia yg telah dan akan kita jumpa sepanjang kehidupan kita. sukar untuk kita menentukan seseorang itu salah atau betul hanya melalui sikap. sebab itu perlunya kita mengenali hati budi seseorang itu sebelum membuat penilaian.



sikap: merupakan ekspresi bagaimana kita suka atau tidak suka terhadap sesuatu perkara. Dan sikap sangat-sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengalaman peribadi, Orang yg berkepentingan dalam hidup kita, kebudayaan sekeliling, media massa, agama dan Emosi.



pengalaman peribadi, selalunya didorong oleh gerak hati, emosional, dan didikan awal seseorang. Semakin kita membesar semakin terserlah sikap. Kalau semasa kecil dididik ibu bapa dengan didikan baik belum menentukan seorg anak itu bersikap baik, sebab perasaan emosional mempengaruhi sikap seseorang. Emosional adalah pilihan diri sendiri, samada untuk meneruskan diri dengan keadaan emo atau membawa keluar pemikiran daripada perasaan yg negatif supaya perkara yg tak diingini tidak berulang. Peranan orang disekeliling seperti ibu bapa itu sekadar reference kepada diri sendiri. Ambil dan contohi mana yg baik. Itu pilihan diri sendiri. Ini adalah pengalaman peribadi yg sangat-sangat mempengaruhi sikap.



Orang yang berkepentingan dalam hidup kita, selalunya boifren, gelfren,mak - ayah, kakak - abang, sahabat baik dan mereka yg menjadi tempat kita berkongsi rasa hati atau masalah. Mereka-mereka inilah yang kita harapkan untuk menyokong segala tingkah laku kita dan mempersetujui apa saja yang kita lakukan dan fikirkan. Diri kita akan meluahkan apa yang dirasakan suka/tidak suka untuk meraih sokongan, walaupun mungkin tidak semua yg kita lakukan betul. Sebab mereka jarang mendengar dikedua-dua pihak bagi menentukan betul/salah sesuatu perkara. Tapi mereka masih mahu menyokong. Sekiranya mereka menolak/membantah, ada kemungkinan diri kita akan mengikut atau mengasingkan diri.yang ini lebih kepada persekitaran, samada pergaulan semasa tumbesaran kita adalah pergaulan yang bebas atau terkawal. Pergaulan kita dari kecil hingga dewasa dengan masyarakat yang bagaimana dan apakah sikap dan perlakuan meeka. Terbuka atau tertutup. Ini mempengaruhi bagaimana diri kita membentuk sikap dalam diri apabila bergaul dengan masyarakat.



Media massa, selalunya perwatakan yg dilakonkan dalam media massa, kerana kita suka maka kita mengikut sikap yang dilakonkan. Macam nur kasih la, dah sayang sangat kat nur, cara cakap dan penampilan nak ikut nur. Selalunya peranan media massa adalah memberi kesan mendalam sebab kita dah nampak apa kesan baik dan keburukan terhadap sesuatu sikap itu.



Agama. Sekiranya kehidupan kita dari kecil dididik dan mengamalkan sahsiah agama yg betul, insyaallah akan jauh la sikap yang tidak baik dari diri kita. Betul juga kata org kalau solat 5 waktu penuh tapi dok mengumpat dan berprasangka buruk terhadap org lain, berbakul2 dosa. Segalanya ditentukan hati kamu. Samada mahu betul2 beragama atau sekadar berhujah agama tetapi perlaksaan pada diri sendiri entah kemana. Tidak perlu menentukan nilai iman seseorang tinggi atau rendah hanya kerana dia sedang menyakiti hati kita, tapi mungkin durinya ada di dalam hati kita sendiri Cuma kita tak nampak, sebab sikap kita yang tak pernah nak mengalah atau mencari salah sendiri.



Emosi. Wanita banyak dikaitkan dengan emosi. Apabila berhadapan dengan masalah yg tidak besar pun cepat nak emo, mungkin sebab period, mungkin juga sebab tak puas hati. Mungkin dan mungkin. Buang kemungkinan yang negatif. Emosi tidak membuka ruang kepada yang positif. Lebihkan rasa rasional dan rujuklah siapa-siapa yang lebih arif. Kalaupun emosi, jangan libatkan siapa-siapa, atau simpan saja dalam hati. Esok2 tu lupa la.. kan mudah? Semua org taknak hal kecik jadi besar, hal besar tambah besar. Bila ada masalah fikirkan penyelesaian.bukan fikirkan masalah. Sampai bila tak selesai..



teringat petikan kata-kata ini oleh seorang ustaz.. "Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.” Genta Rasa




entry ini tidak bertujuan menuding jari kepada siapa-siapa, tetapi diri sendiri, untuk lebih menyedari dan menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Juga untuk dijadikan panduan (bagi mana2 isi yang baik). Selebihnya, sikap anda adalah pilihan diri anda sendiri.

4 comments:

Tie said...

Err... kak tie sering menulis tentang diri sendiri.. kira orang bodoh ke ? Alamak ! Teruknya....

dnasura said...

kak tie,dyg tak ambil bulat2 dari ape ustaz tu tulis, cuma mungkin maksudnya yg menulis tentang diri sendiri tu yg membuka pekung didada..

cuba kak buka link ni k..
http://genta-rasa.com/2009/01/28/murabi-atau-selebriti/

sy pun selalu tulis pasal diri sendiri juga kak..huhu

hidayah said...

ha'a. pompuan mmg emosi kan. ade x puas hati bukan nk terus terang. ngumpat.. perli2. ckp belakang. kalau berterus terang, bawak berbincang kan senang. x gitu dyg?

dnasura said...

ida, ye juga, cuma sebelom nk salahkan seseorang tu perlu juga cari salah sendiri. mungkin sebab sikap diri yang tak prihatin dengan sekeliling, apa yg kita buat mungkin ade salah di mana-mana yang buat orang berkata-kata, bukan semua perfect kan, yang mengata pun tak perfect juga..huhu macam tu lah perempuan..hahaha