Friday, December 18, 2009

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah - Bidaah?



Menghayati Awal Muharram 1431 dengan azam baru
...

tujuan kita membaca doa akhir tahun ini adalah untuk:
diampunkan dosa yang lalu
diterima segala amalan soleh

dan tujuan membaca doa awal tahun adalah untuk:
terpelihara dari tipu daya syaitan
dipermudahkan untuk melakukan amal soleh

...

berniat dengan azam yang baru, untuk memperbaiki diri,
hubungan dengan pencipta dan hubungan sesama makhluk Allah.



Walaupun sesetengah pendapat mengatakan bahawa membaca doa ini
sebagai amalan bidaah, tetapi saya setuju dengan pengupasan isu doa ini oleh forum
aljoofre.blogdrive.com yang telah mendapatkan satu kesimpulan ringkas dan jelas.

"Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang."

"Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.Wallahu A'lam.

Wasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin"



...


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Maksudnya:


"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."


...


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca pada awal waktu selepas solat Maghrib.



Maksudnya :


"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."


...

"semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah"


*credit gambar doa untuk ibusulaiman.blogspot.com

7 comments:

Kuwe said...

salam maal hijrah =)

berdoa kan benda yg elok.rasanya tak perlu nk jd isu sgt.

littlefya said...

syura~follow me..my new blog^^ fya

B Suria Sari said...

suria follow aku blk..hehe

dnasura said...

bah... kamu dua-dua suda aku follow ni..

The Spiral Eyes said...

apakah yang lebih elok dari sunnah nabimu dan siapakah yang lebih memahami akan agama ini dari nabimu sendiri>Jika ia baik sudah tentu Rasulullah saw menjadi orang pertama yang membacanya.Berhati hatilah kerana sabda Rasulullah tentang bidaah sangat tegas iatu SETIAP BIDAAH ADALAH SESAT DAN SETIAP YANG SESAT KE NERAKA

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum! Maksud yang di beri terbalik....yang awal tahun jadi akhir tahun dan sebaliknya - Barakbah

dnasura said...

waalaikumsalam, terima kasih pembetulannya, masa post entry tak perasan, saya dah betulkan ya..


salam ukhwah :)