Wednesday, October 07, 2009

Isu PURDAH dalam ISLAM.


Siapa yang baca kosmo hari ini mesti ade terbaca tentang petikan pengharaman purdah di Mesir. sedikit sedutan di sini...



KAHERAH: Imam al-Azhar, Muhammad Sayyed Tantawi, bercadang mengharamkan penuntut wanita memakai purdah ketika berada di dalam kampus dengan memberikan alasan keselamatan.

Akhbar al-Masry al-Youm melaporkan, cadangan Muhammad tercetus ketika dia melawat sebuah sekolah menengah awal minggu ini. Melawat sekolah itu pada permulaan sesi akademik bagi mengekang penularan selesema babi, dia berang melihat pelajar berpurdah dan mengarahkan ia dibuka.

Purdah tidak ada kena mengena dengan Islam, sebaliknya hanya budaya,” katanya.

Muhammad kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan melarang penuntut wanita memasuki Universiti al-Azhar jika mengenakan purdah.

Purdah bukan ajaran Islam. Saya lebih tahu mengenai agama berbanding ibu bapa kamu,” katanya.

...

sila baca selanjutnya di kosmo online. pendapat lain adalah dari petikan dari pendapat ustaz azhar dan di sini.

...

sementara saya berziarah ke belog2 yang lain,saya dapati ada yang hebat memperdebatkan tentang pemakaian purdah, ada yang nampaknya konfius dengan istilah hijab, malah ada yang terlebih bagus dengan bangga mempromote pemakaian tudung2 moden yang jelas tidak memenuhi tuntutan syarak..

saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya disini,

ada baiknya kita melihat kesesuaian tuntutan agama dalam berpakaian. Islam menggariskan muslimah menutup auratnya yang terdiri daripada keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. tapi pada sesuatu ketika kita jangan lupa, benda yang tidak kelihatan di tubuh manusia pun boleh menjadi aurat sebagai contoh suara dan tingkah lakunya. aurat adalah bahagian yang terdedah dan mungkin berpotensi untuk menimbulkan fitnah yang mengaibkan wanita itu sendiri. lantaran itu, islam mempersiapkan garis panduan untuk wanita muslim menutup aurat bertujuan untuk melindungi diri wanita itu sendiri..

ini bukan bermaksud saya perfect, tetapi saya sendiri masih dalam proses memperbetulkan pemakaian saya. cuma kita tak perlu lah mengikut fesyen sehingga garis panduan islam menjadi perkara kedua dalam berpakaian. mudah2an kita dilindungi dari segala kemungkinan yang buruk apabila berpakaian.


9 comments:

ajim said...

dalam isu niqab nie, saya lebih kepada menyatakan tidak wajib.. walaupun ulama' ada beza pendapat, saya memilih pada pendapat yg saya rasakan lebih kuat dan rsaional..

betul ape yg dyg cakap 2, yg aurat dah disepakati 2 pun kita masih lagi terkial2 nak follow...

*blog dah lawa.. haha.

dnasura said...

ajim: insyaallah,saya pun tgh cuba memperbaiki diri lg..

*haha mesti ada kemajuan kan..

Abu Widad said...

Salam semua...

Sila lihat artikel dalam blog saya berkenaan purdah

dnasura said...

Abu Widad:
terima kasih atas kunjungan saudara. insyaallah saya juga akan berziarah ke blog saudara..

Ms. Widya said...

Blog url moving.. Check it out.. http://kittycattycutie.blogspot.com hapdet2. jangan x hapdet.. =)

Anonymous said...

I really like when people are expressing their opinion and thought. So I like the way you are writing

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now. Keep it up!
And according to this article, I totally agree with your opinion, but only this time! :)

dnasura said...

haha...only this time? it is okay..

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now. Keep it up!
And according to this article, I totally agree with your opinion, but only this time! :)