Wednesday, September 02, 2009

Selamat tinggal harapan saya... -.-

Study memang menyeronokkan. sama juga macam latihan industri, atau praktikal atau internship, mulanya saya takut, tapi bila dah hit-the-floor baru kita tahu macam mana rasanya kan.

alkisah yang nak saya kongsikan disini, mungkin mengejutkan, mungkin menyedihkan, mungkin juga boleh jadi tauladan buat siapa2 yang bakal menjalani latihan industri atau praktikal atau bla..bla..bla..tapi saya sekadar berkongsi rasa hati pada siapa2 yang sudi membaca..

USSB atau lebih dikenali sebagai Utem Solutions Sdn Bhd, sebuah platform yang kukuh bagi sesiapa yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang multimedia. ianya merupakan ruangan yang bukan sahaja mendidik pekerja untuk sama2 berjaya, malah mengkomersilkan hasil kerja mahasiswa2 utem dan seterusnya mengharumkan nama IPTA yang dinaunginya.

Sepanjang penubuhannya sejak pertengahan dekad ini dan hasil kerjasama dengan In-Fushion Solution Sdn Bhd (ISSB), USSB berjaya menjadi peneraju dalam menghasilkan portal e-learning bagi IPTA seperti UMS dan UTeM. Antara produk2 yang berjaya melepasi target komersil ialah Sistem Pembelajaran e-Learning (SPeL), MIA Learning Management System (LMS), Internal Courseware for Engineering subject, Courseware for Multimedia dan sebagainya. Banyak projek yang berjaya dibangunkan dan banyak juga yang sedang dalam proses pembangunan.

Apabila saya mendapat tawaran untuk menjalani latihan industri disini, saya gembira. saya berazam untuk mendapatkan skill2 untuk membangunkan perisian dan aplikasi multimedia, dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. saya ditugaskan untuk menyiapkan Induction Course bagi LMS MIA, saya tak tahu menahu tentang accountancy, tapi saya cuba. Saya amat berterima kasih kepada Staf2 senior yang banyak membantu ketika saya blur..
Suasana kerja juga tidaklah stress sangat, cuma bila ada deadline minggu depan, hari ini Project Manager saya akan menjerit2, tapi itu mungkin perkara biasa bagi mereka2 di sana. hehe. kelakar juga eh.


Saya bersyukur sepanjang berada di USSB tugas2 saya dapat dijalankan dengan lancar. segala tunjuk ajar yang diberikan oleh kakak2 dan abang2 dalam bidang ini saya minta dihalalkan dan lekat di otak saya sampai bila2. sebab ini ilmu yang saya cari. jika ada salah silap saya, harap di maafkan.

USSB pada 1 September 2009, telah mendapat arahan oleh pihak atasan untuk dibubarkan. atas sebab mengapa saya tidak pasti. walau saya cuma seketika di sini, tapi hati saya turut sayu.. saya berharap untuk menimba lebih banyak ilmu disini, tapi mungkin ini perjalanan yang diatur oleh pengarah2 diatas. USSB hanya sampai di sini.

Dan saya? mahu praktikal dimana lagi pun tak tahu. masih ada 4 bulan sebelum tamat semester ini. ya Allah, permudahkan segala urusanku.. buat kawan2 yang baca entry ni, tolong doakan saya untuk mendapat tempat Latihan Industri secepat mungkin. tempat yang memberi ilmu dan membawa kegembiraan pada saya. mungkin ada doa2 diantara kita yang dimakbulkan..

Dengan ini saya akhiri,sedikit petikan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya:

Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya.(Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

**reference:http://hilmi07.al-fikrah.net/?p=16


Insyaallah, saya percaya akan ada harapan baru lagi bagi saya. saya akan terus mencari...saya yakin Allah akan terus membantu umatNya yang berusaha..

salam ramadhan.

8 comments:

Anonymous said...

sedihnye,
takpe sabar,
dengar cerita sem lepas pun ade budak utem yg sama mcm situasi ni,
kilang tempat dia praktikal ditutup,
akhirnye dia sambung praktikal dekat utem je, jadi pembantu makmal..
so, test la minx bantuan dekat koordinator latihan industri..

dnasura said...

terima kasih awak.. saya dah jumpa dengan koordinator tadi, cuma sekarang takde solution lagi. doakan saya k :)

hidayah said...

ooo... sabar ye dayang.. ade hikmah disebalik ape yang berlaku... teruskan usaha mencari... still ade peluang lagi... jangan berhenti berharap tau... doa banyaak2.bulan mulia ni banyak berkatNya,..

ajim said...

kenapa ditutup plak..?
huhu..

*sabar la yea.. bulan pose nie mmg byk dugaan yg menguji diri..

Missc0mot said...

saba ye dyg....misti de hikmat tok seme tuh....mayb leh dpt agi baik....

tc~

Aku la nih...:) said...

Cool beb.. dugaan la ni... neway, lama mendiamkan diri ko...wish u gudluck in ur Internship k..:)

dnasura said...

yan, thanx dear. mis u so much. take care.eh pipi ko macam dah naik sikit lak.. bagus2..aku suka..hihi

dnasura said...

thanx buat kawan2 yang doakan sy, at least skrg dah terjawab, sy diarahkan dekan untuk sambung praktikal kat fakulti, under supervision Dr.Sazilah. syukur la. insyaallah saya cuba untuk lebih bersemangat dalam menimba ilmu.

buat kawan2 seperjuangan, chayok2! kita boleh! raye ni nak minta angpau kat korang la..dyg xdpt elaun..huhu xde angpau..huhu