Saturday, June 06, 2009

Wahai Orang-orang kaya sekalian...!


Kita kaya bila mampu membeli jam ratusan ribuan ringgit
tetapi kekayaan kita masih tidak mampu membeli masa.. 

kita juga kaya bila mampu membeli insuran perlindungan diri sampai dua tiga
tetapi masih belum mampu membeli nyawa..

kita banyak duit boleh beli vitamin, supplement, ubat slim, ubat gemok, ubat cantik,
tapi boleh kita beli harga ke-sihat-an? belum tentu..

kita glamor kita kaya kita mampu upah bodyguard lima enam orang
tapi mampukah kita beli harga keselamatan, harga privasi? belum tentu..

kayanya kita ini bila mampu beli perabot mahal, set bilik tidur paling empuk
tetapi kita masih tidak cukup kaya untuk membayar harga tidur nyenyak dan aman..

kita boleh bayar harga makanan, biar mahal, biar ada brand
tapi belum tentu kita boleh bayar dan perolehi harga kenyang yang sebenar..

sama juga dengan pakaian yang branded, Levis, D&G, pereka terkenal dan etc
masih belum mampu untuk membayar harga keselesaan

kita mampu untuk beli psp,psI,II,III, xbox, wii
tapi mampukah kita membayar harga kegembiraan, keseronokan? belum tentu..

kita mampu beli gadget mahal, kereta mahal, rumah besar, kerjaya hebat
tapi belum tentu dapat bayar harga keamanan ketenangan..

kamu kaya di dunia ini tapi jangan angkuh
jangan sampai kekayaan kamu memakan hak yang lain
itu semua adalah nikmat yang diberi oleh Allah
kita semua miskin sebenarnya..amat miskin..


actually i have a big sad. bigger. and dont know how to release it -.-"

10 comments:

yin crynyd said...

suka entry kmu ni.
btw
url blog sy sudh btukr ke

http://www.yincrynyd.blogspot.com/

dnasura said...

yin: TQ. okay, nanti sy update k.

fya said...

haa~~luv ur blog dear..suka entri ni

paling suka ayat ni kita banyak duit boleh beli vitamin, supplement, ubat slim, ubat gemok, ubat cantik,tapi boleh kita beli harga ke-sihat-an? belum tentu..

mungkin ayat ubat gemok tu yang paling menarik hati..Ha~~

sedar itu penting
terus sedar
kita selalu miskin
dan tetap miskin
kerna harta kekayaan itu milikNya..

ajim said...

menginsapkan diri.. huhu

dnasura said...

fya: haha no offense ya fya.. its just come over my mind..hehe

dnasura said...

ajim: bagus la ^_^ maknanya mesej diterima.

sesuatuygindah said...

kalau ada satu orang yang mengaku dia kaya, padahal dia lupa, dialah semiskin2 orang kerna tiada modal lain selain katanya mengaku diri kaya...

harta di dunia semua milik Tuhan...kerna Dia kita di sini, menumpang...

masa tak perlulah d beli, kita sudah ada x'pired date sindiri...

cantek selalu jadi sandaran,masing2 ada cara menilai,
cantek ketika usia muda, "wow bonus nya"...,
tapi bila masih cantek' saat usia tua p perkahwinan cicit ke-9 dgn baju kebaya sendat,pipi licin tegak(senyum pun tak dapat)..."euwww botoqZ"

tak payah nak megah degree master oversea kalu walhalnya masi guna duit PT'

tak payah lah beli PSP.Psl, bla bla kalu main pun tak reti mungkin nasihat utk diri sendiri)..haha..

tosak lah nak sgt keta mahal, besar, bekilat, kalu drive masuk simpang rumah pun tak lepas (jugak utk aku...)..(ketara lah teruk kan skil drivin' aku)

yang penting, adalah kita kenal diri, tak ada megahnya dgn memegahkan diri... makan laksa gerai tepi jalan lebih sedap dr wasabi hotel 5 bintang... hakikat beb..
...dan untuk orang 'Kaya' yang tak pernah rasa makan gerai, kesian, miskinnya mereka benda Murah pun tak dapat nak beli kan ... ; p

(SEPERTI SELALU, KOMEN AKU MUNGKIN LEBIH PANJANG DARI ISU BLOG KO HAHAH-AKU YANG SUKA BERMAIN KATA, MAAFLAH ..Best isu2 ko nie)

dnasura said...

sesuatuygindah: hahaha memang aku tunggu2 ko datang melawat..hihihi. aku paling benci wasabi. walau aku amat suka pada 'nihon go'.

red shoes said...

sesuatuyangindah: haa~~suka ayat tu

...dan untuk orang 'Kaya' yang tak pernah rasa makan gerai, kesian, miskinnya mereka benda Murah pun tak dapat nak beli kan ... ; p

dnasura said...

red shoes: tu la pasal..hehe no offense k..