Wednesday, June 10, 2009

Personaliti Individu Mengikut Bulan Islam

Mari buat exercise mata

Saya pernah jumpa pakar motivasi menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mereka mengenali personaliti pelajar mereka. pada yang tak pernah cuba, boleh cuba download dulu file ni untuk convert tarikh lahir anda kepada bulan islam. selamat membaca dan selamat mengenali diri sendiri.

Rahsia Di sebalik Kelahiran Bulan Islam - Kalendar Hijrah
secara umum


Muharram
diperkatakan bahawa individu yang lahir pada bulan ini bersifat pendiam (shy-shy gitu),  sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna (oh hoo~ ni ibu bapa kena ambil perhatian la), walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya
(insyaallah, yang ini boleh diperbaiki). lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu (betul...betul... saya setuju) , jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil (dia ni spesis 'tangan sejuk' seperti yang selalu diperkatakan oleh nenek saya. buat ape senang dapat hasil, insyaallah..tapi kena rajin la..).

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga
(mungkin...la kan...). Dalam pekerjaan ramai yang suka (suka macam mana tu?? musykil saya...hehe). Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah (boleh diperbaiki tu...).

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya
(no komen yang ini... tapi tak semestinya betul kan? boleh diperbaiki ni...usaha lebih sikit). Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
(biasanya orang2 macam ni disebut sebagai risktaker, ada beberapa yang saya jumpa berjaya dalam bidang masing2...Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga. (biasalah perniagaan pun ada untung rugi kan...)

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya
(ala- mc gyver la ni kot...). Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya. Insyaallah...

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal
(biasalah..kecik2 saya pun nakal...hihihi) . lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki. (alhamdulillah...sejuk perut mak dia kan...)

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain
(erm..yang ni no komen). Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru
(eh eh bulah pulak macam tu kan.. hehe) . Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
(lepas ni boleh belajar aliran akaun untuk dapatkan keseimbangan semula..hehe gurau je..takde kena mengena yang hidup atau yang mati)


mau terkejut kalau lepas ni ada yang nak cari suami atau isteri atau mak mentua zaman ni akan menggunakan kalendar hijrah untuk cari menantu. hehehehe. takde kot eh..harap2 la takde..hehe 

^_^ ini just for fun je. jangan nak bangga gila pula bila lahir bulan best2. eh dayang, ko lahir bulan apa eh?? haha takpe2 nanti tahun 2019 baru saya bagitau k..

PERINGATAN: ini tak semestinya betul 100%, mana yang kebetulan perbaiki la diri kita di mana yang kurang, dan yang bagus tu kekalkan la..sampai jumpa lagi. 

Assalamualaikum wbt. 

entry kali ini di sudahi dengan gambar comel yang lahir pada bulan julai:
.
.
.
.
.
.


Angah The BEST!!
mari kita ucap selamat atas perlangsungan majlis bertunang 
Awang Zaidun dengan Dayangku Mahani yang baru saja berlangsung.
semoga ikatan kekal ke jinjang pelamin :)

1 comment:

ayin jemin a.k.a ain said...

selamat bertunang kepda mereka bdua!
cept2 kawin..hehe