Tuesday, June 30, 2009

Buang bayi - Apa kes?


Baca
news pagi ni buat saya rasa geram dan sedih. kenapa perlu penguguran atau buang bayi? saya memetik sedikit info dari Dnightcaller,

"Di Penang, dilaporkan purata anak luar nikah yang dilahirkan di wad-wad bersalin adalah 3 orang sebulan. 3 sebulan! Itu yang dilahirkan di wad-wad bersalin. Berapa ramai pula yang memilih bidan kampung? Berapa ramai yang melaluinya berseorangan? Kalau 3 sebulan, setahun ? 36 orang anak luar nikah yang dilahirkan di wad bersalin. Itu baru di Penang. Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain? Kalau di ambil sebagai 3 orang sebulan satu negeri, Malaysia menghasilkan 42 orang anak luar nikah sebulan. Setahun? 504 orang anak luar nikah yang dilahirkan di wad-wad bersalin. Yang lain?"

"Dalam sebuah program agama yang disiarkan baru-baru ini, ahli panel mengatakan di zaman Jahiliah (sebelum kedatangan Islam), bapa-bapa akan berubah muka apabila mengetahui yang anak yang dilahirkan adalah perempuan dan mereka akan menanam bayi itu hidup-hidup! Itu dulu dizaman jahiliah. Itu pun bayi perempuan yang menjadi mangsa. Kita sekarang? Bayi yang dibuang tidak mengira jantina."

Sedihkan? apa lagi yang dicari remaja pada hari ini.. kehidupan kita sudah jauh lebih baik dari zaman tok nenek kita dulu, tapi kenapa perlu kita berubah menjadi lebih teruk dari jahiliyah? pendapat saya, peranan membendung gejala seperti ini bukan terletak di tangan pihak berkuasa dan Jab.Agama islam sahaja, tapi ibu bapa yang menjadi tempat berlindung anak2 juga perlu memastikan pembentukan sahsiah anak agar menepati ciri2 Islam sejak awal tumbesaran mereka.

ibu bapa hari ini patut tidak berada dalam zon yang selamat bila anak2 berkawan dengan sahabat2 mereka. cuba amik sedikit masa untuk berkenalan dengan kawan2 anak kita ni, macam mak saya, sejak dari sekolah dulu mak suka berkenalan dengan kawan sekolah saya, kalau ada majlis kenduri atau hari jadi jemput family kawan2 anak untuk berkenalan. supaya anak2 jadi segan kalau diorang nak buat tak senonoh kat anak kita/orang lain. kita perlu tahu dengan siapa anak2 kita bersahabat, ke mana mereka pergi dan buat apa. bukan anak je, adik beradik juga perlu take care dengan satu sama lain. bukan menyibuk tapi ambil berat namanya.

Andai kata (minta dijauhkan Tuhan) pada petang ini, anak gadis kita yang berusia 15 tahun, datang berlutut di kaki kita dan sambil teresak-esak berkata, “Ayah, ibu, ampunkan saya….tapi saya dah mengandung 5 bulan.”; atau, andai kata (sekali lagi, minta dijauhkan Tuhan) anak teruna kita yang berusia 15 tahun, memberitahu kita bahawa beliau telah membuat teman wanitanya mengandung; apakah agaknya tindakbalas kita sebagai ibu bapa? Mengherdik dan menempeleng mereka sebelum menghalau mereka keluar dari rumah? Atau kita akan bersama-sama mereka untuk berhadapan dengan musibah ini?

selama ini kita hanya berhadapan dengan teori dengan melihat di TV atau akhbar apabila anak seseorang pregnant anak luar nikah, tapi apa akan jadi jika situasi diatas berlaku di dalam keluarga kita sendiri. adakah kita:

akan memberikan nasihat pada ibu muda itu agar jangan dibuang anak tu, kalau tak mampu nak besarkan sendiri atau mungkin masih bersekolah boleh serah kat siapa yang nak, atau kita memberi sokongan moral, cuba mendekati bakal ibu muda tersebut agar dia sedar kesilapannya dan takkan mengulanginya lagi. bantu dia mendapatkan perlindungan di rumah pengasih, bawa dia dekat dengan agama supaya esok2 selepas kelahiran dia akan lebih bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan ini menjadi pengajaran untuk anak2 mereka yang lain...

atau

berbisik sesama sendiri untuk mengetahui lelaki mana yang merosakkan remaja tu, mencari salah ibu bapa mereka, upah orang pukul lelaki yang rosakkan perempuan tu, atau menjauhkan keluarga kita dari mereka supaya tak bergaul dengan remaja macam tu, menjaja cerita dari rumah ke rumah , memulaukan mereka selama 7 keturunan dan sebagainya...

atau

sesiapa ada cadangan jalan terbaik untuk sama2 di praktikkan, mungkin boleh berkongsi disini.

saya rasa masyarakat perlu bersatu untuk membanteras gejala ni dari terus berleluasa. kita tak mahu apabila perkara begini terjadi dalam family kita baru sedar betapa penting langkah pencegahan dilaksanakan. saya harap ibu-bapa, sesibuk mana perlu beri perhatian pada anak2 mereka, gunakan teknologi sedia ada untuk kekal berhubung, supaya anak2 tak rasa mereka bebas bergaul. kalau perlu buat spot check pada anak sendiri, mungkin itu lebih baik, takkan nak harap orang lain tolong jaga anak sendiri kan.

lagi, pendidikan, kalau dulu ibu-bapa sanggup tidur lewat semata-mata untuk tunggu anak2 habis belajar, cek buku sekolah dan ulangkaji, tapi sekarang ni ibu bapa yang tidur dulu, sebab letih sangat dengan kerja, anak2 pun buat hal masing2. tak ulangkaji pun takde hal. entah apa dia baca kita tak tahu. prestasi kat sekolah cuma tunggu buku report semester je, cikgu anak kita pun kita tak kenal, yang kita tahu anak pergi sekolah dan balik sekolah tepat pada masanya. kalau anak dara/bujang tak balik baru la kelam kabut report polis dan masuk news.

kalau ada internet pula, berjam2 anak menghadap PC sanggup tak makan. dalam internet ni ada banyak bahan bacaan yang terlalu extrim untuk dibaca oleh anak2 kita pada umur yang mentah, mungkin kita perlu tegas disini. check cookies dan browser history, kita boleh tahu ke laman apa anak kita pergi sebelum ni. eh ini dah lari topik, boleh rujuk kat sape2 yang pandai nak buat proxy.hehehe

ok la, panjang betul entry ni. semoga kita boleh bersatu-padu untuk mengurangkan seterusnya membasmi gejala buang bayi ni.sekian.

10 comments:

fya said...

sdih bila ingat
betapa jahilnya kita
ada masa rasa seronok
sampai dah lupa Tuhan
dah buat dosa
nak menambah pula ngan buang bayi
andai kata satu hari nanti
Tuhan dah tarik balik
(minta dijauhkan)
dan masa kita nak ada baby
dan Tuhan tak kasi dah
apa rasanya?

masalah sosial
ulang: so sial
dah jadi makin serius
dan parah
takat ceramah2 tu
memang x lut la
tda org mau dgr
masuk tlinga kanan kuar tlinga kiri
xtau pa cara dah
mau terangkan
mau sedarkan
orang..manusia

tak sanggup baca hbs artikel ni
rasa nak menangis pun ada
sdey bila ingat
kita lebih jahil
dalam zaman yang moden ni
berbanding org jahiliyah
yang tersangatlah kuno bg kita

astaghfirullahalazhim..
minta diampunkan dosa kita semua
amin~

nurdaniella said...

salam dnasura.. tak tau nak kata apa dah.. masalah ni dah lama dah berleluasa, kann.. macam tak de penghujung jer.. makin maju kita, makin rosak akhlaknya.. tak boleh ker kemajuan tu seiring dengan akhlak mulia??

dnasura said...

fya: alahai...bace le sampai abis fya oi..hehehe biar pahit sama2 kita telan. huhu..

kak daniella: zaman kegemilangan islam dulu remaja dan pembangunan negara seiring membangun. masa tu sekolah dan pusat ilmu tumbuh bak cendawan. mungkin kerana masa tu perlaksanaan dititik beratkan. tapi skrg ni masing2 sibuk dengan urusan dunia, lantas urusan akhirat tu dipandang sebelah mata..

Kuwe said...

bersatu padu? uhuhuhu sape yg mau bersatu padu kalu remaja remaji zmn skang mcm..tu..

kayteeze said...

Kerana itu ibubapa perlu memastikan yang anak2 mereka tahu yang mereka disayangi dan kehadiran mereka dihargai...

Anak2 kena tahu yang walau sejauh mana pun kemarahan ibu dan bapa mereka , mereka tetap disayangi..

Ibubapa juga kena terima anak2 mereka, kelebihan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan... kita sebagai manusia tidak dapat mengelakkan diri dari melakukan kesilapan..

Bila anak2 melakukan kesilapan besar, sokonglah mereka, sama2 membantu mereka menyelesaikannya , supaya mereka tidak menimbulkan masalah lain atau pergi jauh lagi....

alizmiealya said...

sedih sgt!

dilla said...

salam..

urm.. cane ek psal umah sewa tuu..? jadi ke..?? dh carik ke..?? 6 julai kan masukk.. anything juz msg me 013-6247780

daa

LavENDer Wind said...

taktahu apa sudah jadi dengan dunia
pandai buat, tanggung tak nak
aku pun sedih dgr isu gini
ada ramai orang mahu dapat anak
tapi tak dapat
ini pulak,makin ramai yang dapat anak, buang mcm sampah
entah teda hati kah pada mereka
entahlah, mungkin kita tidak di tempat mereka
rasa ketakutan yang menguasai itu
menjejaskan pendirian waras
alangkah baiknya kalau mereka tersedar lebih dulu
untuk kita yang masih punya hati, jangan sampai berada di tempat sebegitu
bila nanti kita tak tahu, apa yang akan dilakukan kalu berada di situasi itu
jauhkan kami ya Tuhan, dari menjadi golongan mereka-mereka yang lupa, yang alpa, yang hina.

isu ini bukan saja terjadi pada mereka yang belum berkahwin tapi terdapat anak,
aku pernah alami satu situasi yg perih utk aku faham
seorg kwn yang sudah berkahwin, telah guguran kandungannya
hanya kerna dia tak mahu komitment study nya dn jadual kampus yang sibuk hari2 menganggu.
maka dia lebih rela gurkan bayi itu.
padahal ini bukan anak haram,
anak sah hasil nikah..
namun sanggup dia menggugurkan bayi it semata2 melebihkan studynya.
aku yang lebih menangis dari dia...

dnasura said...

kuwe: kita semua laa

kak tie: betul. setuju.

alizmiealya: sayang kan buang baby cam tu..

dilla: dilla, dyg tak dpt rumah sewa kat damansara, so dyg amik praktikal kat USSB. ingatkan dyg x kene terima kat TSS, sebab senyap je..huhu anyway, thanx alot tau..^_^

Lavenderwind: aku pun sedih bila tahu hal macam tu pun ada...

fya said...

i've changed my blog url again huh~ www.fyaheartme.blogspot.com