Monday, May 25, 2009

Awaluddin Ma'rifatullah

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. tudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah menghimpit hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan- lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".
 
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. 
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
 
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya...telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
 "Dari perzinaan itu saya pun...hamil. Setelah anak itu lahir, saya telah... mencekik lehernya hingga...mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. 
 
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 
"Perempuan sial, nyah kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
 
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. dia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
 
Malaikat Jibril lalu bertanya, 
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. 
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
 
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya nabi Musa ingin tahu. 
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
 
Mendengar penjelasan ini, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh apa yang diperintahkan Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
 
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosa-dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti akan menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
 
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : 
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kabah. 

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
 
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi iktibar dan pengajaran bagi kita semua untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
 
Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

jazakaullah hukhairan.

13 comments:

ayin jemin a.k.a ain said...

cerita yg menarik.suka :)

tma kasih kerana melawat blog sy yg xseberapa tu.
:)

nurdaniella said...

salam dayang.. huhu.. satu peringatan yang amat2 berguna..

dnasura said...

ayin: sekadar berkongsi cerita tentang kisah2 nabi. saya rindu balik sabah bila ke belog kamu. terasa berada seperti di kampung halaman. hihi

nurdaniella: betul2. lepas ni kena beringat2 selalu k. ^_^

kayteeze said...

Ooo.......sangat2 menghargai info ni.. Terima kasih dyg!!

Kuwe said...

=) kadang2 kita buat taktau meskipun kita tau..nauzubillah nice info

red shoes said...

amin..semoga cerita ini akan bawa teladan..

dnasura said...

kayteeze : sama2. semoga entry ni bermanfaat bagi kita ^_^.

dnasura said...

Kuwe: tu la. kalau tak tahu pun kena ambil tahu juga kan ^_^

Red Shoes: amin..ya rabbal alamin

alizmiealya said...

salam dayang..
nti amik award kt blog akak ye.. :)

dnasura said...

alizmiealya: okeh2! dah ambik dan gantung kat wall lagi..TQVM ^_^

sesuatuygindah said...

aku harap aku dalam kumpulan2 mereka2 yang sedar...

dnasura said...

indah: insyaallah..amin..rindu baca poem kau, bila lagi mau update. entry cerita burung buat aku bisu..

dilla said...

dpt2...

i'll tell u immediately...

:)