-i R r e S i s T i B l e-

Kalau semua benda boleh dilupakan dalam dunia ni..takkan ada kisah sedih untuk diingati takkan juga wujud memori yang manis untuk dikenangi...

Assalamualaikum..


*senyum*

sy baru je lepas balik dari belog kak tie , kuwe , dan lain2. mengintai2 jadi silent reader. suke bace entry2 mereka ni, biarpun mata dah ngantuk layankan aje..hehe rase terhibur pulak..

Tengok org len ade fesbuk ni cam teringin juga nak ade, actually dulu sy pernah ade juga fesbuk ni, tp kejap je sebab gaduh besor tahap sikittt lagi nak terrrrr.., salah sy gak la..hehe yang pi jadi peramah sangat komen semua org, kan dah kene marah dengan tuttttt..hihi

so sekarang ni hidup selesa tanpa rangkaian network yang bagai2 tu..alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt..

huhu senyap je kan selama ni... sebenarnye ada keje nak disiapkan.. dan hari ni saya nak cakap pasal smartcoco A+ dan jus Al-Khaira.

actually, nak described secara lanjut pun sy ni tak pandai..
saya pun kene buat website je, bila dah siap hosting ni baru saya sempat nk buka belog ni. maaf la yang mane tak sempat saya ziarah tu, insyaallah, sy sempatkan berziarah ok.

so inilah sedikit sebanyak hasil kerja saya,boleh klik di sini http://www.smartcoco.net
harap client ni suke laa..insyaallah.

actually time develop web smartcoco ni, saya tertanya2 juga betul ke product smartcoco A+ dan jus Al-khaira ni berkesan? macam ye ye oi je tengok akak2 tu, sekali one day digerakkan Allah hati akak sorang tu (Puan Nor) hadiahkan sekotak Smartcoco A+ ni kat saya..

day first saya minum,
erm..saya rasa cam ape ek, maybe kite takut nak mencuba kan, takut side effect ke kan, so minum pun cam takut2 je, tp sy buat macam minum milo, amik biskut dalam tin buat cicah..hehehe tapi day first ni xde la perubahan lagi kat saya yang kuat tido ni..

day two,
saya ni cepat mengantuk, kul 10pm dah tido klu xde keje. so bile dah kene desak siapkan web ni dalam masa seminggu, malam nak buat tu saya minum sepaket lagi smartcoco ni. alhamdulillah, tak ngantuk sgt, saya boleh fokus buat kerja sampai kul 1:30am..klu nak lewat lagi pun boleh, tapi saya tak biasakan diri untuk waktu tidur yg tidak menentu..hehe manja sgt kot..tapi saya puas hati dapat buat kerja malam tu tanpa mamai..hehe..

3rd day,
pagi tu sy bawa 2 paket smartcoco ke ofis, sarapan saya bawa bekal nasi goreng, dan sy bancuh air smartcoco kat ofis, lepas sarapan, minum smartcoco, alhamdulillah sampai waktu lunch tak ngantuk, nak kata lapar x lapar..nafsu makan tu xde la naik sangat macam hari2 sebelum ni. petang tu sy minum lagi sepaket.. sbab saya memandu balik kerja, saya tak risau mengantuk, dan saya boleh tumpukan perhatian, badan dah kurang lenguh bile driving..

cukup lah tu..hehe cam promote lak..tapi btul la, sekarang ni dah 2 minggu saya minum smartcoco ni. yang saya perasan saya tak terjaga malam lagi (dulu saya selalu terjaga mlm, terkejut2), boleh buat mcm2 kerja tanpa rasa lenguh (lebih bertenaga), insyaallah sy nak sambung master ni nak amalkan smartcoco, mudah2an fikiran sy lebih cerdas, badan sihat, dan muka lebih berseri ..eceh! gurau je sapa tahu leh jd kenyataan kan hehehe..

saya nak sambung study nih..doakan kejayaan saya k..


Sabar..

dalam kehidupan seharian banyak perkara yang memerlukan kesabaran, mungkin hanya mulut yang berkata sabar, tapi di hati melonjak-lonjak inginkan sesuatu ataupun tanpa disedari hati merungut kerana sesuatu yg berlaku.

erti sabar itu sendiri merangkumi maksud yg luas, dan ada pelbagai perkara memerlukan kesabaran yang bukan sedikit/sekejap..
Kita hanya tahu menangis bila kelaparan atau kesakitan. tapi masih lagi kita perlu bersabar kerana sabar itu meminta kita untuk redha dengan perkara yg berlaku dan berusaha untuk melakukan yg terbaik..


Sabar itu istana Iman. Begitulah kata-kata pujangga. Hakikatnya, antara ratusan sifat-sifat terpuji (mahmudah) sabar boleh dianggap sebagai penghulunya. Ini jelas apabila Al-Quran sendiri mengulang-ulang kalimah ini tidak kurang dari 70 kali.

Sabar membezakan antara manusia dan makhluk lain. Allah mencipta binatang punya nafsu semata-mata. Ia tidak dilengkapkan dengan akal, juga tidak dihiasi dengan sifat-sifat terpuji. Manakala para Malaikat pula diciptakan Allah suci dari hawa nafsu. Mereka asyik beribadah kepada Allah tanpa memerlukan sifat sabar sebagai perisai. Sedangkan kejadian kita manusia, pada awalnya hanya nafsu memerintah, sewaktu akal masih putik.

Namun terdapat juga tersalah tanggap tentang konsep sabar. Antara salah konsep masyarakat kita dalam mengertikan sifat sabar ialah :-

a) Kompromi . sabar dan kompromi adalah dua kalimah berlainan makna, walaupun kita perlu bersabar untuk berkompromi. Ada perkara yang kita tidak boleh berkompromi terutamanya bila melibatkan maruah diri, bangsa dan agama.

b) Menyerah. Seringkali kedengaran oleh kita melafazkan :

"Apa nak buat, bersabar sahajalah".

Perlu ditegaskan, sabar bukannya tewas atau kalah. Malah setiap muslim perlu mengambil tindakan penyelesaian yang sewajarnya sekiranya menghadapi masalah.

c) Tidak berusaha. Bersabar atas kemiskinan ataupun kecacatan diri bukan bererti menerima bulat-bulat keadaan yang berlaku. Allah menyeru agar manusia berusaha sedaya upaya baru kemudiannya berserah kepada Allah. Firman-Nya dalam Surah Ar-Ra'd ayat :11 yang bermakusd :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka sendiri mengubahnya".

d) Sabar hanya waktu susah. Mungkin pelik bagi sesetengah orang jika dikatakan kita juga perlu bersabar pada waktu senang. Ini mungkin kerana sifat sabar kerap dikaitkan dengan kesusahan dan penderitaan. Padahal, yang lebih sukar adalah sabar sewaktu senang untuk membendung sifat-sifat tercela di dalam diri seperti bakhil, bongkak dan sombong agar kita menjadi hamba yang bersyukur.

e) Pasif. Memberi maksud sabar sebagai tunggu dan lihat juga tidak tepat. Sepatutnya orang yang sabar adalah pro-aktif, yang mampu bertindak selangkah ke hadapan dari orang lain. Ini kerana hatinya yang tenang yang memungkinkannya berfikir dengan waras.

Kerana kekurangan ilmu dan praktis, sabar kerap dianggap sebagai matlamat atau penyelesaian. Sedangkan sebenarnya sifat sabar adalah wadah atau perisai ampuh yang mesti digunakan untuk mencapai matlamat hidup dunia dan akhirat.


**Saya cuba untuk bersabar..bertahan sedikit lagi..doakan saya menjadi sabar.. insyaallah..saya tidak meminta kesabaran ini dibayar, cuma minta dihargai...